TELOKBETTA

Betta Colors Our Lives!

Some useful information at those webs to help you learn almost everything about Betta. Click at the link below.





Betta hybrid research in MALAYSIA. Please visit Fresh Water Fish Research Center in Jelebu, Negri Sembilan, MALAYSIA

VITAMIN BETTA HALFMOON

1. Artemia / BBS / Telur Udang

 

Makanan anak ikan yang baru menetas. Ia merupakan sumber protien bagi mempercepatkan pembesaran anak ikan sehingga saiz mulutnya muat untuk makan sumber makanan lain seperti pallets merah, cacing kerawit, cacing merah atau jentik-jentik.










2. Daun Ketapang

Digunakan untuk menstabilkan pH air supaya tidak berasid, Amat diperlukan oleh ikan laga supaya keadaan air yang gelap berkualiti seperti air paya hutan, teh o gelap. Keadaan ini akan menambah kekuatan ekornya untuk mengembang dengan lebih besar dah lebih tahan lama.

Asalnya daun ketapang dari Pokok Ketapang. Ambil daun yang betul-betul kering sahaja. Kalau malas nak kutip, beli saja yang dah siap bungkus tu.






Cara menggunakan daun ketapang seperti di dalam gambar di bawah:


3. Air Pati Ketapang

Kesan positif terhadap ikan laga sama seperti daun ketapang. Cuma air pati ini sesuai bagi mereka yang sentiasa kesuntukan masa kerana bekerja atau malas untuk kerap menukar air ikan. Sememangnya boleh menjimatkan masa anda sekiranya mempunyai bekas ikan yang terlalu banyak.

Champion of Betta 1

Champion of Betta 2

IN MALAY LANGUAGE

Penetasan Artemia


Ambil artemia setengah sudu teh


Masukkan dalam botol diatas dicampurkan dengan air setengah botol dan garam 1 sudu besar dan buka motor air-pump selama 24 jam


Biarkan ia selama 24 jam atau lebih bergantung kepada kualiti artemia


Setelah 24 jam tutup motor air-pump dan biarkan selama 5-10minit tanpa gangguan. Cabut saluran pam angin dan letakkan ke dalam bekas lain untuk mengeluarkan artemia seperti gambar di bawah.


Kemudian biarkan ia selama 5 minit supaya kulit telur artemia mendap di bawah


Tuang artemia tersebut ke dalam penapis tetapi jangan sampai mendapan kulit telur itu masuk sekali.


Ambil artemia yang ditapis itu dan masukkan ke dalam air jernih. Siap! untuk diberi makan kepada anak ikan dan bapak ikan.