TELOKBETTA

Betta Colors Our Lives!

KESENIAN DAN KECANTIKAN IKAN LAGA TELOKBETTA

.................................................................. Google Ads

MENARIKNYA TELOKBETTA

          SELAMAT DATANG KE TELOKBETTA


    Penemuan ikan laga siam yang beharga ini yang dinamakan "halfmoon betta" akan dirungkaikan dan didedahkan oleh pemain ikan laga, pembiak ikan laga dan penggiat hobi ikan laga di seluruh pelusuk dunia mulai sekarang. Tidak ada lagi rahsia disebalik pembiakan ikan laga kacukan bio-teknologi. Kami akan memastikan anda dapat memiliki ikan yang menjadi pilihan sesuai dengan kehendak anda yang setanding dengan kehendak antarabangsa. Asas-asas untuk memilih baka yang baik adalah seperti berikut; sirip dan ekor yang sempurna bukaannya, bentuk badan yang berkualiti, warna yang menarik dan bersih, saiz yang sepadan dan seimbang, gaya yang mempesonakan serta kesihatan yang berpanjangan. Baka yang berkualiti datangnya dari pembiak ikan laga Thailand yang profesional. Mereka telah mendedikasikan hidup mereka untuk mencari pendapatan dengan cara membiak dan menjual ikan laga sepanjang hidup mereka. Ini bermakna mereka sangat mengambil berat tentang pemeliharaan ikan laga ini sebagai sumber pendapatan utama. Ikan laga Thailand ini kebanyakannya dijual dan dilelong di Aquabid.com
    Kami juga telah berjaya membiak baka Halfmoon ini beribu-ribu ekor banyaknya. Kami juga mengumpul baka-baka yang terbaik yang dimiliki oleh setiap pembiak ikan laga dari Thailand. Ia merupakan pusat tumpuan bagi yang minat dalam aktiviti pembiakan mahupun pertandingan ikan laga. Sesetengah peminat pula sanggup menghabiskan masa menjalankan eksperimen kacukan demi kacukan untuk mendapatkan keputusan yang memuaskan. Kebiasaannya hasil yang terbaik datangnya dari baka dan teknik yang terbaik serta tidak berputus asa dalam menjalankan prosesnya sehingga terhasilnya ikan laga yang berkualiti sesuai untuk pertandingan. 
    Peminat kami sehingga kini telah merangkumi ke seluruh negara Malaysia terutamanya di bahagian Pantai Timur, Pantai Barat dan bahagian Selatan Malaysia. Keghairahan ini sememangnya tidak dapat dibendung lagi. Kebanyakkan pemain telah datang ke mari untuk mencari petua bagaimana untuk mempertingkatkan kemahirahan mencantikkan ikan laga mereka dengan menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri cara menghasilkan Halfmoon yang berkualiti tinggi. Bak kata pepatah Melayu; tak tumbuh tak melata, kalau tak sungguh orang tak kata, bila dah tengok baru percaya. Menangkap mata seribu bahasa. Hingga lupa untuk bernafas apabila menatapnya. Pertandingan antarabangsa seperti Aquafair dan Aquarama adalah tempat untuk mereka memperagakan ikan laga yang dibawa dari seluruh dunia. Di situ para pemain akan bertanding sesama sendiri dan secara tidak langsung ia menjadi suatu tarikan istimewa bagi penggiat hobi yang baru dan ingin menceburi dalam hobi ini. 
   Rasailah kehebatannya sendiri. Anda mungkin berpeluang menjadi orang yang bernasib baik untuk mengalami semua pengalaman ini. Pengalaman ini adalah tidak ternilai harganya. Jangan lupa untuk berkongsi cerita dan pengalaman anda bersama keluarga dan sahabat handai. Dunia ikan laga ini akan sentiasa ceria dengan kehadiran peminat seperti anda semua.
   Anda dipelawa untuk melawat ke web kami setiap hari untuk melihat gambar menarik Halfmoon kami. Ini semua kerana anda adalah peminat setia ikan laga yang sentiasa memberi sokongan dalam aktiviti ini. Tempat kami terletak di Kota Bharu Kelantan, Malaysia. Sebarang komen dialu-alukan. Kami akan sentiasa menghidupkan hobi ini untuk para peminat semua.

 
Hubungi Cawangan Kami
Kelantan - Kedai Mulong & Kampung Sering : 014-8128010
Kelantan - Kampung Telok & Panji : 013-9555449
Terengganu - Kuala Terengganu & Kuala Ibai : 019-9227119
Telokbetta dikuasakan oleh:

PELAWAT TELOKBETTA

PEMBIAK IKAN LAGA PROFESIONAL THAILAND

TERIMA KASIH

BANLEANGBETTAS : RUNG KEEREELANG

NIWIT : NIWIT LIWIWATTANAGOON

STORYBETTAS : SIRINUN JOUNRUNG

PLOYBETTAS : BUNTHAI SAYSUWAN

NINEBETTAS : SATHIT PETCHKHONG

NICEBETTAS : VINITA TIPPIMUL

AQUASTAR71 : KIT WACHARA

PATSAYAWAN : THITIPONG SANGKARIN

MODERN005 : LADDA NAKPHOOM

MISTER_BETTA : KUNKIT SHUPTAWEE

RAM_91 : SURAT BHUTIPANYA

RATTANAPORBETTA : JIRAPORN WHANWONG

WIFEBETTA : SAWAI SOTKEAW

NUBEER : PATARAVARAN SUPANIMITWONG

BLUEBETTA : SUPORN KHUMHON

SIAMIMBELLIS : SARAWUT ANGKUNANUWAT

HANG DARI MANA?